Meja Pengarang, Penerbit, Pengenalan


Dari Meja Pengarang

Satu ayat dalam al-Quran menyebut,
الْعَالَمِينَ رَبِّ لِلَّهِ وَمَمَاتِي وَمَحْيَايَ وَنُسُكِي صَلَاتِي إِنَّ قُلْ
Yang bermaksud,
‘Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam’. (al-Anam 6: 162)
Ayat ini menunjukkan Allah swt menuntut supaya keseluruhan hidup kita hanya untuk Allah swt sahaja. Maksud ayat ini ialah menuntut supaya kita sentiasa mengabdikan diri kepada-Nya setiap masa dan sepanjang masa, dalam keadaan apa jua sekali-pun. Ini kerana ada satu ayat lain yang menyebut,
لِيَعْبُدُونِ إِلَّا وَالْإِنْسَ الْجِنَّ خَلَقْتُ وَمَا
Yang bermaksud,
‘Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku’. (ad-Zariyat: 56)
Saya ingin menarik perhatian pembaca kepada tujuan manusia dijadikan Allah swt, iaitu semata-mata untuk mengabdi diri kepada Allah swt. Dengan kata lain, hidup dan mati kita adalah hanya untuk-Nya semata-mata. Apakah maksudnya dan bagaimanakah caranya kita hendak merealisasikan tuntutan ini.
Saya melihat ayat-ayat di atas ini menuntut kita agar sentiasa berada dalam keadaan beribadah, setiap masa, sepanjang masa, tidak ada masanya kita menggunakan segala anggota yang ada untuk yang lain selain dari Allah swt. Jadi, dalam keadaan kita baring, dukuk, berjalan, bekerja, beriadah, menonton tv bersama keluarga, rakan mahupun ketika sendirian biarlah dalam keadaan beribadah atau mengabdikan diri. Jika ini dapat direalisasikan bererti kita berjaya memenuhi tuntutan ayat di atas tadi, yang disimpulkan dalam satu frasa bahawa hidup dan matiku kerana Allah swt semata-mata bererti kita hidup mengikut kejadian seperti yang disebut di atas itu.
Persoalan di sini ialah apakah dia ibadah. Apakah pengertian ibadah yang sebenarnya.
Ibadah dalam Islam telah disalaherti oleh kebanyakan orang termasuk orang-orang Islam sendiri – beribadah selalu-nya diertikan sebagai amalan ketuhanan (ritual) iaitu mendiri-kan sembahyang, puasa, bersedekah dan sebagainya. Ibadah yang disebutkan itu dan seumpamanya hanyalah sebahagian kecil dari konsep ibadah dalam Islam.
Jika ibadah terhad hanya amalan yang berkaitan dengan sembahyang, zakat, puasa dan haji sahaja bagaimana kita hendak merealisasikan ayat di atas tadi. Apakah yang harus kita lakukan selepas menunaikan ibadah sembahyang yang lima waktu itu. Apakah kita harus mendirikan sembahyang sunat sepanjang masa selepas itu; daripada masa 24 jam sehari semalam berapa jamkah yang dapat kita isikan dengan ibadah-ibadah seperti yang dicontohkan itu. Bagaimana halnya dengan baki masa yang lain-lain itu, sedangkan kita dikehendaki agar sentiasa beribadah.
مَحْمُودًا مَقَامًا رَبُّكَ يَبْعَثَكَ أَنْ عَسَىٰ لَكَ نَافِلَةً بِهِ فَتَهَجَّدْ اللَّيْلِ وَمِنَ
‘Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji’. (al-Isra’: 79)
Ayat ini menggambarkan bahawa sembahyang adalah satu ibadah, dan sembahyang tahajud adalah sebagai ibadah tambah-an, yang bermaksud tambahan kepada sembahyang lima waktu.
Bolehkah hidup kita dipenuhi dengan amalan mendirikan sembahyang sahaja bagi memenuhi tuntutan ayat 56 surah az-Zariyat tadi! Dengan kata lain bolehkah sepanjang hidup dan mati kita dipenuhkan dengan sembahyang, puasa, zakat dan haji, serta rangkaian-rangkaiannya? Bolehkah misalnya selepas menunaikan ibadah puasa satu bulan dalam bulan Ramadan kita harus terus berpuasa sunat agar kita sentiasa berada dalam keadaan beribadah, dan seterusnya juga zakat dan haji.
Jadi bagaimanakah caranya kita hendak menjadikan diri kita agar berada dalam keadaan sentiasa beribadah di sisi Allah swt.




























Kata Penerbit
































Pengenalan

Apabila disebut ibadah, hampir semua orang akan terarah pandangannya kepada sembahyang, zakat, puasa dan haji, serta rangkai-rangkainnya. Selainnya, orang akan melihat bahawa bersedekah itu juga ibadah, menolong orang juga ibadah, dan sebagainya. Dalam ceramah-ceramah agama di surau atau di masjid mahupun di media massa elaktronik sekalipun apabila memberikan contoh-contoh ibadah akan menyebutkan perkara-perkara yang hampir sama. Inilah yang difikirkan oleh kebanyakan orang termasuk Muslim itu sendiri.
Konsep ibadah yang sebenarnya adalah sangat luas, mencakupi setiap aktiviti seseorang. Ianya bolehlah disebutkan apa sahaja perlakuan dan kata-kata seseorang yang tidak dilarang Allah, dengan kata lain ibadah ialah apa sahaja yang diucapkan atau lakukan demi Allah. Ini pastinya adalah termasuk perkara-perkara yang disebut sebagai ketuhanan (ritual) dan kepercayaan, aktiviti sosial, dan sumbangan untuk kebajikan kemasyarakatan.
sepertimana perintah-Nya kepada Nabi saw dalam al-Quran,
الْعَالَمِينَ رَبِّ لِلَّهِ وَمَمَاتِي وَمَحْيَايَ وَنُسُكِي صَلَاتِي إِنَّ قُلْ
‘Katakanlah, Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam’. (al-Anam, 6: 162)
Ayat di atas ini membayangkan bahawa sepanjang masa hidup kita adalah hanya untuk Allah swt semata-mata. Dengan kata lain tidak ada masaya dalam hidup kita baik siang atau malam, pagi atau petang, di mana pun kita berada dan dalam keadaan mana pun kita yang tidak untuk Allah.
Islam menghendaki para penganutnya menjalani kehidup-an yang serasi dengan ajaran-ajarannya agar menjadi model cara hidup; ini mungkin suatu yang asing dari pandangan sesetengah orang yang berpandangan bahawa agama sebagai tali hubungan antara seseorang hamba dengan Tuhannya, tiada kaitan dengan aktiviti harian. Fakta menunjukkan bahawa sebenarnya Islam tidak banyak menyentuh soal-soal ketuhanan,
‘Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang yang meminta-minta, dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) dn mereka itulah orang-orang yang bertakwa’. (al-Baqarah, 2: 177)
Amalan-amalan yang disebut dalam ayat ini memanglah amalan yang tidak dinafikan, setiap orang mempunyai pandang-an ini. Nabi saw pernah menjelaskan tentang beriman iaitu asas kepada ibadah sabdanya, iman itu ada enam puluh tingkat: yang paling tinggi tahapnya ialah kepercayaan kepada keEsaan Allah (tiada tuhan melainkan Allah) dan yang paling rendah tahapnya ialah membuang halangan di laluan. Nabi saw juga pernah ber-sabda katanya sesiapa yang merasai kepenatan pada malamnya setelah bekerja di siang hari Tuhan akan mengampunkan dosa-dosanya.
Menuntut ilmu adalah termasuk dalam ibadah yang paling tinggi tahapnya, seperti kata Nabi saw bahawa menuntut ilmu adalah tanggungjawab agama bagi setiap Muslim; dan satu lagi sabda baginda ialah yang menyebut, Menuntut ilmu selama sejam adalah lebih baik daripada mendirikan sembahyang selama tujuh puluh tahun. Kepedulian terhadap kemasyarakatan adalah sebahagian daripada ibadah jika dilakukan demi untuk Allah seperti yang pernah disebut oleh Nabi saw juga bahawa Menyambut kedatangan sahabat dengan senyuman adalah sedekah, dan mengisi air ke dalam bekas untuk jirannya adalah sedekah.
Harus diingat juga bahawa melunaskan tanggungjawab juga adalah sebahagian daripada iman. Nabi saw pernah bersabda, sesiapa yang membelanjakan hartanya untuk keluaganya adalah sedekah, menunjukkan kasih sayang kepada ahli keluarga jiran adalah ibadah sebagaimana juga menyuapkan makanan ke mulut pasangannya dengan kasih sayang; bukan itu sahaja waima apa sahaja membuat kita seronok yang kita lakukan demi Allah juga adalah sebagai ibadah.
Sabda Nabi saw lagi, mengadakan hubungan kelamin dengan isteri ada pahala padanya. Para sahabat bertanya, Bagaimana pula halnya kita melakukan sesuatu yang sangat menyeronokan diberi pahala? Lalu dijawab oleh baginda, Bagaimana hal jika kamu melakukannya melalui cara yang haram, bukankah kamu akan mendapat seksaan? Apabila para sahabat menjawab ye, lalu baginda bersabda, Memuaskan nafsu melalui cara yang halal dengan isteri kamu kamu akan diberi pahala. Berkait dengan hadis ini Islam hendak menyatakan bahawa hubungan kelamin yang mungkin dilihatnya sebagai kotor tetapi sebenarnya adalah suatu ibadah.
Dari contoh-contoh yang telah disebut di atas tadi bahawa ibadah tidak terbatas kepada aktiviti menunaikan empat ibadah itu sahaja tetapi mencakupi aktiviti harian yang kelihatannya keduniaan. Ayat 177 surah al-Baqarah itu tadi pun dengan tegas menyatakan bahawa bukanlah menghadap-kan muka ke timur atau ke barat itu sahaja ibadah tetapi disebut juga ibadah yang lebih baik ialah aktiviti yang berkait dengan manusia lain.
Frasa kata menghadapkan muka ke timur atau ke barat itu tadi adalah bermaksud mendirikan sembahyang – bagi orang yang tinggal di Asia atau negera-negara sebelah timur, mesti menghadap ke barat kerana inilah kedudukan kaabah, manakala mereka yang tinggal di barat pula mesti mengadap ke timur iaitu ke kaabah juga.
Ayat itu juga seperti menekankan bahawa ibadah yang lebih baik ialah yang berkait dengan manusia – sedekah, menolong orang miskin dan yang musafir dan sebagainya. Dengan maksud lain bahawa pahala yang kita perolehi dari aktiviti yang berkait dengan mansia lain adalah lebih besar daripada pahala dari ibadah ketuhanan yang disebut ritual itu. Mengisi air itu tadi misalnya kita lihat adalah aktiviti keduniaan, tetapi dilihat sebagai ibadah jika dilakukan kerana Allah.
Jadi, dengan contoh-contoh di atas ini jelaslah bahawa dalam Islam konsep ibadah adalah sangat luas dan menyeluruh, mencakupi aktiviti-aktiviti individu yang positif, tidak dilarang; ini serasi dengan nature Islam sebagai cara hidup, ia mengaturkan jalan hidup untuk manusia dalam setiap peringkat: sebagai individu, komuniti dan masyarakat, ekonomi, politik dan kerohanian; kesemuanya diberikan taraf ibadah di sisi Allah jika dilakukan sejajar dengan kehendak-Nya. Konsep ini sepatut kita jadikan panduan dalam men-jalankan apa sahaja aktiviti, dan berusaha untuk mengamal-kannya dengan cara yang digariskan, sama ada kita rasa sedang diperhatikan-Nya ataupun tidak. Memang kita harus ingat Allah Maha Melihat, Maha Menge-tahui, Maha Mendengar segala sesuatu.
Dalam memperkatakan tentang ibadah yang tidak berkaitan dengan ketuhanan, tidak bermakna Islam merendah-rendahkan kepentingan ibadah yang ketuhanan kerana ibadah yang ritual jika dilakukan dengan semangatnya yang sebenar-nya boleh mengangkat moral dan rohani seseorang, yang akan menggerakkannya melakukan sesuatu aktiviti mengikut garis-garis panduan yang ditetapkan Allah.
Bagaimanakah caranya hendak menjadikan sesuatu aktiviti harian itu sebagai ibadah. Inilah mesej yang hendak disampai-kan oleh buku kecil ini. Konsep ibadah yang akan dibentangkan nanti diharap akan dapat mengubah persepsi kita yang selama ini melihat bahawa ibadah adalah yang berkaitan sembahyang, zakat, puasa dan haji serta antara lain ialah bersedekah, menolong orang dan sebagainya sahaja. Pada masa yang sama juga konsep ini akan menjadi panduan dalam menjalani kehidupan seharian seperti yang dikehendaki oleh Pencipta.
Mengeluarkan pendapat oleh orang-orang Islam adalah satu fenomena biasa apabila ditanya mengenai hukum-hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Ketika mengeluarkan pendapat itu malangnya mereka bercakap berdasarkan kepada fikiran masing-masing, dan dalam keadaan demikian itu selalunya pendapat mereka itu tersasar jauh dari landasan al-Quran dan Sunnah. Inilah yang sering menjadi punca kekeliruan di kalangan umat Islam.
Hukum wajib, sunat dan harus adalah pokok kepada persoalan ibadah secara langsung. Perkara wajib dan sunat memang sudah menjadi ibadah kepada kita tetapi perkara-perkara yang harus juga boleh menjadi ibadah juga jika kita mengetahuinya. Perkara-perkara yang haram dan makruh adalah terlarang kerana itu tidak boleh menjadi ibadah. Jadi buku ini akan cuba menghuraikan apakah keadaan-keadaan yang boleh menjadikan aktiviti harian itu ibadah kita kepada Allah swt.
Masyarakat hari ini kelihatannya berpegang kepada prinsip jangan menjaga tepi kain orang atau kau jaga hal kau dan aku jaga hal aku. Keadaan ini sebenarnya sudah menyimpang dari kehendak Islam kerana Islam menekankan kepada amar makruf nahi mungkar. Islam juga menekankan kepada persaudaraan sesama manusia, yang disebut sebagai hablum-minannas, iaitu hubungan antara mansia dengan manusia lain mahupun makhluk keseluruhannya. Pengertian hablum minannas ini bertujuan untuk mengujudkan perpaduan masyarakat Islam. Perpaduan inilah yang akan membawa kepada rasa kasih saying dan persefahaman antara satu sama lain. Inilah yang diajarkan oleh Islam melalui ayat-ayat al-Quran dan as-Sunnah, yang matlamatnya ialah ke arah membentuk satu tamadun dan kebudayaan Islam di muka bumi ini.
Konsep ibadah yang akan dibentangkan kelak mampu mencapai cita-cita ini jika konsepnya diikuti dan diamalkan oleh setiap orang Islam.

Setiap orang yang mengaku dirinya Islam tidak boleh lari dari konsep ini kerana tujuan kita dijadikan Allah dan diletakkan di atas muka bumi ini adalah terikat dengan satu ayat yang maksudnya Tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada-Ku. Ikatan ini membayangkan bahawa tang-gungjawab seseorang Islam adalah mengabdikan diri kepada Allah swt. Jadi sesiapa sahaja yang mengaku diri-nya Islam, mengucap kalimah Lailaha Illallah harus mengetahui cara-cara bagaimana hendak melakukan sesuatu amalan atau aktiviti harian kita supaya tidak terkeluar dari konsep mengabdikan diri, atau dengan kata lain kita harus sentiasa hidup dalam keadaan beribadah.

No comments:

Post a Comment